awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden India, Murmu berangkat untuk lawatan ke tiga negara Afrika

Bernama
Bernama
13/10/2024
20:30 MYT
Presiden India, Murmu berangkat untuk lawatan ke tiga negara Afrika
Presiden Droupadi Murmu berlepas untuk lawatan selama tujuh hari ke tiga negara Afrika - Algeria, Mauritania dan Malawi. - Gambar fail AP
NEW DELHI: Presiden India, Droupadi Murmu pada Ahad berlepas untuk lawatan selama tujuh hari ke tiga negara Afrika - Algeria, Mauritania dan Malawi - menurut seorang pegawai dari sekretariatnya di New Delhi, lapor Xinhua.
Ini merupakan lawatan pertama Murmu ke tiga negara Afrika itu.
Semasa lawatannya, Presiden akan mengadakan mesyuarat dua hala dan berinteraksi dengan diaspora India.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India, Murmu akan melawat Algeria dari 13 hingga 15 Oktober atas jemputan rakan sejawatnya, Abdelmadjid Tebboune.
Dalam bahagian kedua lawatannya, beliau akan melawat Mauritania pada 16 Oktober.
Lawatan ini berlaku pada saat penting ketika Mauritania memegang jawatan presiden Kesatuan Afrika, tambah kementerian dalam satu kenyataan rasmi.
Selepas itu, beliau akan melawat Malawi dari 17 hingga 19 Oktober. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#India
#Droupadi Murmu
#negara Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan