awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia bertemu tokoh perniagaan terkemuka untuk bincang ekonomi negara

Bernama
Bernama
07/03/2025
21:30 MYT
Presiden Indonesia bertemu tokoh perniagaan terkemuka untuk bincang ekonomi negara
Perbincangan itu meliputi beberapa bidang kritikal, termasuk dasar utama kerajaan untuk sediakan makanan berkhasiat percuma dan infrastruktur.
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menerima kunjungan lapan tokoh perniagaan terkemuka di Istana Presiden di Jakarta pada petang Khamis untuk perbincangan strategik mengenai ekonomi negara dan program utama kerajaan yang sedang berjalan.
Usahawan yang hadir mewakili pelbagai industri, termasuk tokoh terkenal seperti Anthony Salim, Sugianto Kusuma, Prajogo Pangestu, Boy Thohir, Franky Widjaja, Datuk Seri Tahir, James Riady, dan Tomy Winata. Perniagaan mereka merangkumi sektor seperti makanan, hartanah, tenaga, kewangan dan pembuatan.
Biro Akhbar Sekretariat Presiden dalam kenyataan memaklumkan pertemuan itu berlangsung dalam "suasana mesra dan produktif," dengan perbincangan meliputi beberapa bidang kritikal, termasuk dasar utama kerajaan untuk menyediakan makanan berkhasiat percuma, pembangunan infrastruktur, pengukuhan industri tekstil serta usaha mencapai sara diri dalam sektor makanan dan tenaga.
Perindustrian dan pengurusan pelaburan, khususnya melalui Agensi Pengurusan Pelaburan Danantara, turut menjadi antara topik utama perbincangan.
Prabowo turut merakamkan penghargaan terhadap peranan komuniti perniagaan dalam menyokong dasar kerajaan, terutamanya yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.
"Pertemuan ini mencerminkan usaha kerajaan untuk membina komunikasi erat dengan komuniti perniagaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara serta menarik pelaburan yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing industri domestik," menurut kenyataan itu.
Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Sekretariat Negara Prasetyo Hadi dan Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#ekonomi
#tokoh perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan