awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto adakan lawatan rasmi ke Turkiye

Bernama
Bernama
09/04/2025
21:00 MYT
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto adakan lawatan rasmi ke Turkiye
Prabowo turut dijangka menyertai Forum Diplomasi Antalya (ADF2025) yang akan berlangsung di bawah naungan Presiden Erdogan di wilayah peranginan Antalya, Turkiye dari 11 hingga 13 April. - Gambar Bernama
ISTANBUL: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye atas jemputan rakan sejawatannya, Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapor Anadolu Ajansi.
Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun menerusi hantaran di platform X memaklumkan, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu dijadual berlangsung hari ini di Presidential Complex.
"Langkah-langkah akan diambil untuk memperdalam perkongsian strategik antara Turkiye dan Indonesia, selain perbincangan akan meliputi isu serantau dan global semasa," katanya.
Beliau berkata, Prabowo turut dijangka menyertai Forum Diplomasi Antalya (ADF2025) yang akan berlangsung di bawah naungan Presiden Erdogan di wilayah peranginan Antalya, Turkiye dari 11 hingga 13 April.
Altun menambah, beliau percaya lawatan itu akan mengukuhkan lagi dan mengeratkan hubungan antara Turkiye dan Indonesia, dua negara yang berkongsi hubungan sejarah dan budaya yang kukuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#lawatan
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan