awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Kosovo yang bakal lawat Malaysia, hargai keputusan pengecualian visa

Bernama
Bernama
29/04/2025
21:00 MYT
Presiden Kosovo yang bakal lawat Malaysia, hargai keputusan pengecualian visa
Presiden Vjosa Osmani, menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas keputusan memberikan pengecualian visa kepada semua warganegara republik itu bagi tempoh lawatan sehingga 30 hari. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Presiden Kosovo, Vjosa Osmani, menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas keputusan memberikan pengecualian visa kepada semua warganegara republik itu bagi tempoh lawatan sehingga 30 hari.
Menerusi akaun X miliknya baru-baru ini, Osmani berkata, keputusan institusi Malaysia itu amat bermakna menjelang lawatan rasminya ke Malaysia minggu depan.
"Langkah penting ini, ditambah dengan pembukaan rasmi Kedutaan Kosovo di Kuala Lumpur semasa lawatan saya minggu depan, jelas menunjukkan hubungan antara kedua-dua negara semakin kukuh dari sehari ke sehari," katanya.
Osmani turut menyatakan beliau menantikan pertemuan dengan pemimpin negara minggu depan ketika Kosovo dan Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serta memperkukuh kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kosovo, Donika Gervalla dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keputusan itu meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang boleh dikunjungi rakyat Kosovo tanpa visa, sekali gus menjadi bukti nyata pengiktirafan antarabangsa Kosovo dan pengukuhan hubungan dua hala.
"Republik Kosovo mengalu-alukan langkah positif ini dan menghargai Malaysia atas kerjasama dan sokongan berterusan dalam perkhidmatan kepada rakyat serta hubungan dua hala yang kian erat antara kedua-dua negara," katanya.
Terdahulu dilaporkan Malaysia menjadi antara negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo selepas ia diisytiharkan pada 2008.
Media baru-baru ini turut melaporkan yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakistan, Maldives dan Kosovo bagi membincangkan cabaran perdagangan global susulan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Kosovo
#Vjosa Osmani
#pengecualian visa
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan