Presiden Maduro perlu dibebaskan, rakyat Venezuela berhak tentu masa depan sendiri - PM Anwar

Anwar menegaskan rakyat Venezuela berhak tentukan hala tuju politik sendiri susulan penahanan Maduro oleh Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro perlu dibebaskan segera, dan rakyat negara itu berhak menentukan hala tuju politik mereka sendiri.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pembebasan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro serta menegaskan hak rakyat negara itu untuk menentukan nasib politik sendiri.
- Anwar mengkritik tindakan Amerika Syarikat yang dianggap melanggar undang-undang antarabangsa dan menggunakan kekerasan terhadap negara berdaulat.
- Beliau menekankan bahawa perubahan pemimpin secara paksa melalui kekerasan luaran sering membawa mudarat lebih daripada manfaat kepada negara yang menghadapi krisis ekonomi dan tekanan sosial.
"Apa pun alasannya, penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memegang jawatan melalui tindakan luar menetapkan satu duluan yang berbahaya.
"Ia menghakis batasan asas terhadap penggunaan kuasa antara negara dan melemahkan kerangka undang-undang yang menjadi asas kepada ketertiban antarabangsa,” katanya.
Beliau menegaskan sejarah membuktikan bahawa perubahan kepimpinan secara mendadak melalui kekerasan luar, biasanya membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat, terutamanya di negara yang sedang bergelut dengan kesukaran ekonomi dan tekanan sosial yang mendalam.
Anwar turut menegaskan pendirian Malaysia yang menjunjung tinggi penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sebagai asas kepada hubungan aman antara negara.
Tambah beliau, pendekatan yang membina melalui dialog, pengurangan ketegangan dan penyelesaian diplomatik kekal sebagai jalan paling berwibawa bagi melindungi orang awam serta membolehkan rakyat Venezuela mengejar aspirasi sah mereka tanpa menanggung kemudaratan lanjut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pembebasan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro? A: Anwar berpendapat rakyat Venezuela berhak menentukan hala tuju politik mereka sendiri dan menegaskan perlunya menghormati kedaulatan negara berkenaan.
- Q: Apa pandangan Anwar terhadap tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela? A: Anwar mengkritik tindakan AS yang dianggap melanggar undang-undang antarabangsa serta menggunakan kekerasan yang tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat.
- Q: Mengapa Anwar menekankan bahaya perubahan kepimpinan melalui kekerasan? A: Beliau percaya bahawa perubahan kepimpinan secara paksa melalui kekerasan luaran biasanya membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat, terutamanya kepada negara yang menghadapi kesukaran ekonomi dan tekanan sosial.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

