Skip to main content

Dunia

Presiden Mesir gesa pelaksanaan penuh fasa kedua gencatan senjata Gaza

Egyptian President Abdel Fattah al-Sisi arrives to attend a summit of the European Union and regional partners' leaders in Nicosia (Lefkosia), Cyprus, April 24, 2026. REUTERS/Yiannis Kourtoglou
Abdel Fattah al-Sisi berkata, Asia Barat sedang melalui tempoh kritikal dan penting selain menyaksikan percubaan untuk membentuk semula peta rantau itu dengan alasan ideologi ekstremis. - Gambar Reuters

RAMALLAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menegaskan kepentingan pelaksanaan penuh fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, termasuk memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan serta memulakan segera usaha pembinaan semula wilayah itu.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan, dalam ucapannya sempena ulang tahun ke-44 Hari Pembebasan Sinai, Presiden Mesir itu berkata, Asia Barat sedang melalui tempoh kritikal dan penting selain menyaksikan percubaan untuk membentuk semula peta rantau itu dengan alasan ideologi ekstremis.

Advertisement

Beliau turut menegaskan, semula penolakan tegas negaranya terhadap sebarang cubaan memindahkan rakyat Palestin dalam apa jua keadaan, selain menggesa supaya serangan berulang di Tebing Barat dihentikan serta hak dan maruah rakyat Palestin dilindungi.

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video