DUNIA
Presiden Mexico nafi perjanjian dengan AS sasar kartel dadah

Sheinbaum berkata pihaknya langsung tidak dilibatkan dalam rundingan berhubung hal itu. - Foto Reuters
MEXICO CITY: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Selasa menafikan bahawa kerajaannya mempunyai sebarang perjanjian dengan Washington mengenai projek dua hala untuk membanteras kartel dadah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, menafikan wujudnya sebarang perjanjian keselamatan dua hala dengan DEA Amerika Syarikat berhubung "Projek Portero" untuk membanteras kartel dadah.
- Beliau menjelaskan bahawa rundingan perjanjian keselamatan antara Mexico dan AS masih berlangsung dan belum ditandatangani.
- Satu-satunya kerjasama keselamatan yang sedang berjalan ialah penyertaan pegawai polis Mexico dalam bengkel di Texas.
"Kami tidak tahu atas dasar apa DEA mengeluarkan kenyataan ini.
"Kami tidak mencapai sebarang persetujuan, tiada perjanjian antara institusi keselamatan kami dengan DEA," katanya dalam sidang media harian.
Sheinbaum memaklumkan bahawa Kementerian Luar Mexico dan Jabatan Negara AS telah berbulan-bulan berusaha merangka satu perjanjian keselamatan yang "hampir ditandatangani."
"Perjanjian ini pada asasnya berlandaskan kedaulatan, saling percaya, dan penghormatan wilayah... serta penyelarasan tanpa penaklukan," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa satu-satunya aktiviti keselamatan dua hala yang sedang berlangsung ialah penyertaan kumpulan pegawai polis Mexico dalam bengkel di Texas.
"Itu sahaja. Tidak ada perkara lain. Kami tidak tahu mengapa mereka mengeluarkan kenyataan ini.
"Perkara yang kami akan sentiasa tuntut hanyalah rasa hormat. Sentiasa. Jika anda ingin melaporkan sesuatu berkaitan Mexico yang melibatkan isu keselamatan, kami minta ia dilakukan dalam kerangka kerjasama sedia ada," kata beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami