awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Mexico pulangkan satu pertiga gajinya kepada perbendaharaan negara

Bernama
Bernama
19/12/2018
07:27 MYT
Presiden Mexico pulangkan satu pertiga gajinya kepada perbendaharaan negara
Lopez berkata sepatutnya gaji bulanannya adalah kira-kira 108,000 peso (US$ 5,373) sesuai dengan langkah penjimatan. - REUTERS
Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Selasa memulangkan semula satu pertiga daripada gajinya kepada perbendaharaan negara, lapor agensi berita Xinhua.
Lopez yang memulakan tugasnya pada 1 Disember berikrar untuk mengawal perbelanjaan awam termasuk mengurangkan gajinya. Dalam tempoh dua minggu pertama beliau memulangkan 29 peratus gajinya.
Pada sidang akhbar, beliau mengulangi sepatutnya gaji bulanannya adalah kira-kira 108,000 peso (US$ 5,373) sesuai dengan langkah penjimatan.
Pada masa ini beliau dibayar 76,159 peso dan 59 sen berlandaskan peruntukan undang-undang yang ada dan memutuskan mengembalikan 22.313 peso dan 29 sen.
"Saya sudah mengembalikan kepada perbendaharaan," kata Lopez kepada wartawan.
Beliau turut menyeru kakitangan awam yang mempunyai gaji terlalu tinggi untuk berbuat perkara sama, termasuk hakim mahkamah tertinggi yang menentang langkah itu.
Hutang negara kini mencecah 48.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2016, tetapi menurun sedikit kepada 45.4 peratus tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Andres Manuel Lopez Obrador
#gaji
#hutang
#mahkamah
#Mexico
#presiden
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan