awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada

Bernama
Bernama
24/01/2025
14:01 MYT
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Sheinbaum berkata "mengikut dekri yang ditandatangani oleh Presiden Trump," semakan semula perjanjian tersebut boleh dimulakan pada 2026, bukan lebih awal. - Gambar fail/AP
MEXICO CITY: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump, lapor Xinhua.
Bercakap pada sidang media harian di Istana Negara di Mexico City pada Khamis, Sheinbaum berkata "mengikut dekri yang ditandatangani oleh Presiden Trump," semakan semula perjanjian tersebut boleh dimulakan pada 2026, bukan lebih awal.
"Proses yang biasanya bermula dengan rundingan melibatkan pemimpin perniagaan, pekerja dan pelbagai sektor masyarakat untuk menilai pelaksanaan perjanjian itu. Sekali lagi, pendekatan terbaik adalah untuk mematuhi apa yang tertulis dalam dekri tersebut," katanya.
Sebuah artikel dalam The Wall Street Journal, yang memetik sumber yang rapat dengan Trump, melaporkan pada Selasa yang Presiden AS itu ingin merundingkan semula USMCA dengan memanfaatkan kenaikan tarif ke atas Mexico dan Kanada. Matlamat utama adalah menyemak semula peraturan automotif bagi memaksa kilang pembuatan kereta berpindah ke AS.
Sebagai respons kepada gesaan daripada tokoh perniagaan Mexico untuk bersedia menghadapi kemungkinan pengenaan tarif, Sheinbaum berkata "tiada apa-apa yang konkrit" setakat ini, dengan menekankan pentingnya menunggu hasil "dialog yang telah ditetapkan dengan kerajaan AS."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Wall Street Journal
#peraturan automotif
#USMCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan