NEW DELHI: Presiden Pakistan Arif Alvi mengumumkan pilihan raya baharu untuk wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa diadakan pada 9 April selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil sikap berlengah dan menolak pelawaan untuk membincangkan tarikh pengundian.
Pilihan raya perlu dijalankan selepas kerajaan Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa yang sebelum ini dikawal oleh parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan, membubarkan dewan undangan pada bulan lepas sebelum tamat tempoh penggal lima tahun.
"Gabenor Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa tidak melaksanakan tugas mengikut perlembagaan untuk menetapkan tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan Pakistan.
"Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) juga tidak berbuat demikian," menurut pejabat presiden Pakistan dalam surat yang ditujukan kepada ketua ECP Sikander Sultan Raja pada Isnin.
Presiden dalam surat pada 8 Feb, memaklumkan kepada ECP supaya segera mengumumkan tarikh pilihan raya umum di kedua-dua wilayah berkenaan.
Pada Isnin, Alvi berkata: "beliau perlu menjalankan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan mengumumkan tarikh baharu pilihan raya agar tidak menyalahi undang-undang dan pelembagaan yang menetapkan pilihan raya perlu dijalankan dalam tempoh 90 hari selepas pembubaran.
ECP turut dikritik kerana tidak mengumumkan tarikh baharu pilihan raya.
PTI menggesa pilihan raya umum dijalankan sejak kerajaan persekutuan digulingkan dalam undi tidak percaya pada April tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Alvi dalam surat pada 8 Feb, memaklumkan kepada ECP supaya segera mengumumkan tarikh pilihan raya umum di kedua-dua wilayah berkenaan. - Facebook Dr Arif Alvi
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Parlimen Pakistan dibubarkan
Presiden telah menerima nasihat Perdana Menteri Shahbaz Sharif untuk Dewan Rakyat dibubarkan berdasarkan Perkara 58(1) Perlembagaan Pakistan.
Presiden Pakistan arah pilihan raya diadakan di wilayah Punjab dan khuber Pakhtunkhwa
Pilihan raya perlu dijalankan selepas kerajaan pimpinan Imran Khan sebelum ini membubarkan dewan undangan pada bulan lepas.
Ketua PPP Bilawal dilantik Menteri Luar baharu Pakistan
Ketua Parti Rakyat Pakistan (PPP) Bilawal Bhutto-Zardari pada Rabu dilantik sebagai Menteri Luar baharu Pakistan.
Pakistan beri kelonggaran berjemaah di masjid menjelang Ramadan
Jemaah disarankan untuk memastikan jarak sejauh 2 meter antara satu sama lain.
Tun M jadi tetamu kehormat Hari Pakistan 2019
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat pada sambutan itu.