TAIPEI:Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang ditemui mati dibunuh berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung pada 28 Oktober lalu.
Memetik laporan Bernama, permohonan maaf itu dimaklumkan oleh jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Xavier Chang.
"Presiden Taiwan mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada keluarga pelajar terbabit dan rakyat Malaysia atas kejadian itu," jelas laporan itu.
Insiden berkenaan jelasnya mencemarkan imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan berjanji kejadian sama tidak akan berulang kata Tsai ketika berucap di dalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi Keselamatan Kebangsaan di Taipei pada Sabtu.
Sementara itu, Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-Chang turut menzahirkan permohonan maaf bagi pihak kerajaan dan berjanji agensi berkaitan akan membantu keluarga mangsa.
Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang berusia 24 tahun berjalan di Stesen Keretapi berhampiran universiti terbabit pada pukul 8 malam (waktu tempatan) sebelum dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa tempatan berjaya menahan seorang suspek bagi membantu siasatan. Siasatan awal, suspek mengaku telah membunuh mangsa menggunakan tali sebelum membuang mayat mangsa berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung.
Suspek kini disiasat atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa.
BACA: Pelajar Malaysia di Taiwan ditemui mati selepas 24 jam dilaporkan hilang
Fareez Azman
Sun Nov 01 2020

Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang ditemui mati dibunuh berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

Perkasa sempadan negara dengan aset berteknologi tinggi - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, kerajaan akan meningkatkan jumlah pos-pos kawalan sempadan sedia ada.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Rangka manusia reput ditemui dalam semak
Polis Daerah Brickfields menerima laporan pada 1.42 tengah hari semalam.

Tragedi Tanjong Pagar: Rakaman CCTV tunjuk wanita berlari masuk ke dalam kereta terbakar
Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas tersebut dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat sebelum merempuh sebuah rumah kedai.

Lagi pegawai NLD ditahan tentera Myanmar
Antara yang ditahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Tun Tun Hein dan ketua menteri dari lima wilayah.

Malaysia di tempat kelima tercorot dari segi pengumpulan, penggunaan data biometrik
Comparitech menyenaraikan Malaysia di tempat kelima dalam kalangan 96 negara dari segi pengumpulan dan penggunaan data biometrik.

Selamatkan haiwan daripada penganiayaan, bawa ke pengadilan dengan cara yang betul
Apa yang anda lakukan apabila melihat seseorang melakukan penganiayaan terhadap haiwan?

Menuju bandar pintar, 800 CCTV dipasang di sekitar Kuching
Pemasangan 800 CCTV di 200 lokasi di Kuching bukan hanya untuk memantau jenayah, malah berfungsi untuk memungut data bagi disalurkan ke Pusat Operasi Bersepadu Sarawak (SIOC)

Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan
Op Bersepadu ini akan menggantikan Op Benteng.

Warga Malaysia antara lima ditahan terlibat kes culik ahli perniagaan
Polis Thailand telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia serta empat lagi yang lain selepas disyaki terlibat dengan kes penculikan seorang ahli perniagaan di Bangkok.