awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen letak jawatan sebagai ketua parti

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2022
00:40 MYT
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen letak jawatan sebagai ketua parti
Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen tunduk memberi hormat selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Parti Progresif Demokratik. - Foto REUTERS
PRESIDEN Taiwan, Tsai Ing-Wen meletak jawatan sebagai ketua Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah berikutan kekalahan pada pilihan raya tempatan, Sabtu.
Pengundi memilih Parti Nasionalis pembangkang dalam beberapa pilihan raya utama di seluruh Taiwan.
Kebimbangan mengenai ancaman daripada saingan China mendominasi dalam pilihan raya itu berbanding isu tempatan.
Tsai telah bercakap banyak kali tentang "menentang China dan mempertahankan Taiwan" semasa berkempen untuk partinya.
Tetapi calon parti itu, Chen Shih-Chung, yang tewas dalam perebutan jawatan Datuk Bandar Taipei, hanya membangkitkan isu ancaman Parti Komunis China beberapa kali sebelum beralih semula kepada isu tempatan kerana terdapat sedikit minat.
Calon dari Parti Nasionalis memenangi kerusi Datuk Bandar di Taipei serta di Taoyuan, Taichung dan bandar New Taipei.
Warga Taiwan memilih Datuk Bandar, Ahli Majlis Bandar Raya dan pemimpin tempatan lain di semua 13 daerah dan di sembilan bandar.
Kekalahan bagi DPP yang memerintah mungkin sebahagiannya disebabkan oleh cara ia menangani wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Tsai Ing-Wen
#letak jawatan
#ketua parti
#Parti Progresif Demokratik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan