awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian angkat sumpah pada 30 Julai

Bernama
Bernama
10/07/2024
12:57 MYT
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian angkat sumpah pada 30 Julai
Pezeshkian, 69, telah dipilih sebagai presiden kesembilan Iran selepas undian pilihan raya presiden pada 5 Julai dikira. - Reuters
TEHRAN: Majlis angkat sumpah Presiden Terpilih Iran Masoud Pezeshkian dijadualkan pada 30 Julai, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pengumuman itu dibuat oleh Mojtaba Yousefi, ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran, pada Rabu.
Selain pegawai kanan Iran, majlis itu akan dihadiri tetamu asing dari pelbagai negara, kata Yousefi kepada IRNA.
Menurut perancangan, majlis itu akan berlangsung selepas Pemimpin Tertinggi secara rasmi meluluskan presiden.
Pezeshkian, 69, telah dipilih sebagai presiden kesembilan Iran selepas undian pilihan raya presiden pada 5 Julai dikira.
Pezeshkian yang merupakan pakar bedah jantung, memperoleh 16,384,403 undi manakala lawannya, Jalili, meraih 13,538,179 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Iran
#angkat sumpah
#Masoud Pezeshkian
#pilihan raya presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan