awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea

Bernama
Bernama
05/12/2024
06:35 MYT
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Orang ramai menghadiri perhimpunan untuk menggesa ahli parlimen mengundi rang undang-undang pemecatan terhadap Yoon Suk Yeol, di Seoul, Korea Selatan. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun, menurut Pejabat Presiden pada Khamis susulan kontroversi berhubung peranannya dalam pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon yang kemudiannya dibatalkan.
Menurut agensi berita Yonhap, Kim yang mencadangkan pengisytiharan undang-undang tentera kepada Presiden, menawarkan untuk meletak jawatan pada Rabu selepas Yoon secara mengejut mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam. Yoon kemudiannya menarik balik perintah itu beberapa jam kemudian susulan keputusan Perhimpunan Kebangsaan untuk membatalkannya.
Ketua Turus Presiden Chung Jin-suk, dalam satu sidang media berkata Yoon telah mencalonkan Choi Byung-huk, bekas jeneral Tentera Darat yang kini berkhidmat sebagai duta Korea Selatan ke Arab Saudi untuk menggantikan Kim.
Chung memperkenalkan Choi sebagai seorang profesional tentera berpengalaman dengan pemahaman mendalam mengenai keselamatan negara serta pengalaman lapangan yang luas.
Calon itu dianggap sesuai untuk "memenuhi tanggungjawab teras ketenteraan, termasuk mengekalkan kesiapsiagaan kukuh berdasarkan pakatan Korea Selatan-AS yang teguh," kata Chung.
Di Korea Selatan, semua menteri perlu melalui proses pengesahan parlimen, tetapi hanya pelantikan perdana menteri memerlukan kelulusan parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#darurat
#Menteri Pertahanan
#Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan