awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden

Agensi
Agensi
29/06/2024
23:30 MYT
Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden
Beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Biden termasuk: Naib Presiden Kamala Harris, Gabenor California Gavin Newsom, Gabenor Michigan Gretchen Whitmer, Gabenor Kentucky Andy Beshear, dan Gabenor Illinois JB Pritzker. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Selepas prestasi lemah Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada sesi debat perdana dengan bekas Presiden AS Donald Trump, beberapa ahli Parti Demokrat secara terbuka mempersoalkan sama ada Biden sepatutnya digantikan dengan calon lain dari parti itu dalam pilihan raya 2024.
Menurut Elaine Kamarck, ahli kumpulan pemikir Institut Brookings, ahli Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat (DNC), terdapat proses untuk melakukan perkara tersebut, tetapi ia akan menjadi rumit.
Ini kerana Biden, tegas beliau, tidak akan dilantik secara rasmi sehingga hujung musim panas jadi masih ada masa melakukan perubahan untuk melaksanakannya.
Tambah beliau, Biden boleh memutuskan untuk mengundurkan diri sebelum dilantik dan beliau mungkin dihadapi saingan oleh mereka yang cuba menarik perhatian delegasi yang telah diperolehnya atau beliau boleh menarik diri selepas konvensyen Demokrat di Chicago pada bulan Ogos.
Ini sekali gus, membolehkan Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat memilih seseorang untuk bertanding menentang Trump di tempatnya.
Beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Biden termasuk: Naib Presiden Kamala Harris, Gabenor California Gavin Newsom, Gabenor Michigan Gretchen Whitmer, Gabenor Kentucky Andy Beshear, dan Gabenor Illinois JB Pritzker.
Dalam pada itu, Biden perlu bersetuju untuk mengundurkan diri atau menghadapi saingan pada tahap akhir proses yang cuba memaksa beliau untuk berbuat demikian.
Namun begitu, Biden tidak menunjukkan sebarang petanda untuk mahu mengundurkan diri dan tiada saingan yang mencabar beliau secara langsung.
Biden telah menghabiskan beberapa bulan terakhir untuk memperoleh hampir 4,000 delegasi Demokrat dengan menang dalam pilihan raya awal di negeri-negeri dan wilayah Amerika Syarikat. - Agensi
Topic Berkaitan
#California
#Donald Trump
#Joe Biden
#pilihan raya AS 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan