awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesor Harvard saman Trump isu dana AS$9 bilion

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2025
03:00 MYT
Profesor Harvard saman Trump isu dana AS$9 bilion
Tindakan itu diambil sebagai respons terhadap langkah keras kerajaan dalam menangani dakwaan berlakunya fahaman anti-Yahudi di kampus universiti. - Foto fail/REUTERS
BOSTON: Sekumpulan profesor dari Universiti Harvard bertindak memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Boston bagi menghalang pentadbiran Presiden Donald Trump daripada menyemak semula hampir AS$9 bilion dalam bentuk kontrak dan geran persekutuan yang diberikan kepada institusi tersebut.
Tindakan itu diambil sebagai respons terhadap langkah keras kerajaan dalam menangani dakwaan berlakunya fahaman anti-Yahudi di kampus universiti.
Cawangan fakulti Harvard bagi Persatuan Profesor Universiti Amerika (AAUP) bersama badan induk nasional organisasi itu, mengemukakan saman tersebut pada Jumaat dengan mendakwa bahawa pentadbiran Trump secara tidak sah mencabuli kebebasan akademik dan hak kebebasan bersuara di kampus universiti.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), yang mewakili pihak kerajaan dalam kes ini, tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Manakala Universiti Harvard turut enggan mengulas berhubung perkembangan itu.
Beberapa universiti terkemuka, termasuk Harvard, kini menghadapi ancaman penggantungan pembiayaan persekutuan berikutan protes pro-Palestin yang semakin ketara, serta isu berkaitan dasar kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI), termasuk pendekatan terhadap pelajar transgender.
Profesor undang-undang Harvard, Andrew Crespo, yang juga penasihat undang-undang kepada cawangan AAUP universiti itu, menyatakan pindaan pertama perlembagaan tidak membenarkan pegawai kerajaan menggunakan kuasa jawatan mereka untuk mendiamkan pengkritik atau menyekat ucapan yang tidak sealiran dengan mereka.
Topic Berkaitan
#Universiti Harvard
#Donald Trump
#saman
#dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan