PENUNJUK perasaan yang terkandas di dalam kampus Universiti Politeknik Hong Kong kini sedang berusaha untuk keluar dari kampus tersebut.

Video yang mula tular sejak Isnin menunjukkan penunjuk perasaan menggunakan tali untuk turun dari bangunan kampus.

Terdapat motosikal yang menunggu untuk membawa mereka keluar dari kampus tersebut.

Pihak polis sebelum ini berjanji akan menahan pelajar yang meninggalkan kampus namun untuk remaja di bawah usia 18 tahun dan ke bawah, mereka tidak akan ditahan.

Terdahulu, penunjuk perasaan dilaporkan menghalang laluan utama ke universiti tersebut.

Ia sekali gus mencetuskan keganasan dan meninggalkan beberapa orang awam terperangkap di dalam kampus tersebut.