LONDON: Di seluruh dunia pada Sabtu menyaksikan orang ramai berhimpun sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin sambil menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Agensi Anadolu melaporkan orang ramai berkumpul di Hyde Park London bagi mengecam tindakan Israel dan kerajaan yang belum menyokong gencatan senjata di Gaza.
Sambil membawa bendera dan papan tanda Palestin dan melaungkan slogan pro-Palestin, ribuan peserta perhimpunan kemudian berarak menujuk ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Duta Palestin ke United Kingdom Husam Zomlot, bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Parti Buruh John McDonnell serta wakil NGO dan kesatuan sekerja turut serta dalam National March for Palestine itu.
Di Paris, ribuan peserta mengadakan demonstrasi untuk mendesak gencatan senjata segera.
Peserta memulakan bantahan dari Place de la Republique dan berarak ke Place de la Nation.
Mereka turut memakai Keffiyeh, selendang hitam dan putih simbol perjuangan Palestin selain memegang bendera dan slogan Palestin menuntut "gencatan senjata segera", "bebaskan Palestin" dan " Hidup Palestin".
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat memberitahu BBC bahawa Israel mesti berhenti mengebom Gaza dan membunuh orang awam.
Kenyataan itu dilihat sebagai titik perubahan dalam politik Perancis terhadap perang di Gaza dan disambut baik oleh rakyat dan tokoh-tokoh politik.
"Macron akhirnya menyebut ungkapan 'gencatan senjata' tetapi Paris mesti bersuara lebih lantang, terutamanya di Majlis Keselamatan PBB kerana Perancis adalah ahli tetap badan itu," kata seorang Ahli Parlimen dari La France Insoumise (LFI), Mathilde Panot.
Beberapa perhimpunan turut diadakan di pelbagai bandar di Maghribi dan Tunisia.
Di Marrakesh di utara Maghribi, satu perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin, Moroccan Initiative for Support mengesahkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.
Di Casablanca, satu perhimpunan menggesa tekanan ke atas Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat lain yang pro-Israel untuk menghentikan sokongan mereka kepada serangan Israel di Gaza.
Sementara itu, ratusan penduduk di Tunisia menyertai perhimpunan di Tunis untuk membantah yang dianjurkan oleh blok utama pembangkang iaitu National Salvation Front.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Orang ramai berkumpul di Hyde Park London bagi mengecam tindakan Israel dan kerajaan yang belum menyokong gencatan senjata di Gaza. - Foto AP
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.