awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Singapura: PAP menang lima kerusi selepas menang tanpa bertanding buat kali pertama sejak 2011

Bernama
Bernama
23/04/2025
10:45 MYT
PRU Singapura: PAP menang lima kerusi selepas menang tanpa bertanding buat kali pertama sejak 2011
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong selepas berucap di hadapan penyokong pada penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Jurong Pioneer Junior College hari ini. - Foto Bernama
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura memulakan kempen Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan meraih lima kerusi pada hari penamaan calon, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade-Braddell Heights yang baharu diwujudkan.

Ringkasan AI
  • Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi lima kerusi di GRC Marine Parade-Braddell Heights tanpa bertanding, kemenangan pertama seumpamanya dalam pilihan raya umum Singapura sejak 2011.
  • WP memilih untuk tidak bertanding di kawasan tersebut kerana kekangan sumber, namun berhasrat untuk mendekati pengundi selepas PRU2025.
  • GRC Marine Parade-Braddell Heights diwujudkan melalui penggabungan beberapa kawasan undi menjelang PRU2025 berdasarkan syor Jawatankuasa Kajian Sempadan Pilihan Raya.

Ini merupakan kemenangan tanpa bertanding pertama dalam pilihan raya umum Singapura sejak 2011.
Pasukan PAP yang terdiri daripada Speaker Parlimen Seah Kian Peng, Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri dan Pembangunan Negara Faishal Ibrahim, Tin Pei Ling serta muka baharu Diana Pang dan Goh Pei Ming, diumumkan menang selepas pencalonan ditutup pada tengah hari.
"Menang tanpa bertanding atau tidak, misi dan matlamat kami tetap sama, iaitu berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk," kata Seah kepada media selepas penamaan calon berakhir.
Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh berkata keputusan untuk tidak bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights adalah sukar bagi parti itu.
"Ini keputusan yang amat sukar buat kami. Sebagai parti pembangkang kecil, kami sentiasa berdepan pilihan sukar mengenai lokasi dan kaedah terbaik untuk menggerakkan sumber kami yang terhad, khususnya selepas sempadan pilihan raya diubah," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Singh berkata parti itu berhasrat untuk menyambung semula usaha mendekati pengundi di kawasan berkenaan selepas PRU2025.
GRC Marine Parade-Braddell Heights diwujudkan menjelang PRU2025 susulan syor Jawatankuasa Kajian Sempadan Pilihan Raya.
Kawasan itu dibentuk melalui penggabungan kawasan dari Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Potong Pasir dan Mountbatten, keseluruhan kawasan MacPherson SMC serta sebahagian bekas kawasan Marine Parade GRC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#Singapura
#Parti Tindakan Rakyat
#PAP
#penamaan calon
#menang tanpa bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan