awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan maut pesawat kargo pajakan Turkish Airlines terhempas

Agensi
Agensi
16/01/2017
04:19 MYT
Puluhan maut pesawat kargo pajakan Turkish Airlines terhempas
Insiden turut mengorbankan nyawa penduduk di lokasi nahas.
Sebuah pesawat kargo pajakan Turkish Airlines terhempas berdekatan Lapangan Terbang Manas di Talas, Kyrgyzstan pada Isnin, dan mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Reuters.
Perkara itu disahkan kerajaan Kyrgyzstan.
Insiden itu dipercayai berlaku ketika pesawat yang dikendalikan ACT Airlines itu cuba mendarat dalam cuaca berkabus tebal pada jam 7.31 pagi waktu tempatan.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Hong Kong ke Istanbul itu dijadual membuat persinggahan di Manas.
Laporan awal menyatakan, nahas itu memusnahkan sejumlah 15 buah rumah kampung.
Terdahulu, pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang juruterbang selain 15 orang tempatan yang tinggal di sekitar lokasi nahas melibatkan pesawat model Boeing 747 itu.
Akaun Twitter rasmi Turkish Airlines menyatakan: "Kami menyampaikan ucapan takziah kepada pihak yang telah kehilangan nyawa ahli keluarga mereka dalam insiden tragis melibatkan pesawat ACT Airlines di Kyrgyzstan."
Topic Berkaitan
#Kyrgyzstan
#pesawat kargo terhempas
#Turkish Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan