Upacara memberi penghormatan terakhir kepada ulamak yang meninggal dunia di india bertukar menjadi tragedi.

Sekurang-kurangnya 18 dilaporkan maut manakala 40 yang lain cedera dalam insiden rempuhan dekat Mumbai.

Ia berlaku ketika masyarakat islam berasak-rasak di perkarangan kediaman Syedna Mohammed Burhanuddin, yang menghembus nafas terakhir pada usia 102 tahun.

Menurut pihak berrkuasa orang ramai yang datang bertindak merempuh pagar rumah Allahyarham.

Keadaan sekitar yang sempit menyebabkan mereka berasak-asak dan kemudian sebahagian mereka jatuh dan terpijak.

Kebanyakan mangsa dilapor meninggal dunia akibat sesak nafas.

Puluhan ribu pengikut Bohra Dawoodi datang dari seluruh India dan beberapa negara lain bagi memberi penghormatan kepada Burhanuddin.

Berikutan kematiannya, kebanyakan kedai dan pusat perniagaan milik pengikutnya di mumbai juga ditutup sebagai tanda berkabung.

Kematian akibat rempuhan di India sering berlaku terutama dalam upacara dan festival agama.

Oktober lalu 110 maut dalam festival agama Hindu dekat negeri Madhya Pradesh dan lebih 220 terbunuh dalam insiden yang sama dekat kuil Hindu Chamunda Devi di Mehrangarh Fort.