NEW DELHI: Negeri Himachal Pradesh di India dilanda satu lagi gelombang hujan monsun, dengan 21 orang dilaporkan maut dalam dua hari manakala kira-kira 20 lagi tertimbus dalam tanah runtuh di ibu negeri Shimla pada Isnin.
Ketua menteri negeri di utara India itu, Sukhvinder Singh Sukhu meminta penduduk agar kekal di rumah masing-masing ketika hujan turun tanpa henti membanjiri banyak kawasan dan beratus-ratus jalan ditutup untuk lalu lintas.
"Sekali lagi tragedi menimpa Himachal Pradesh, dengan hujan berterusan selama 48 jam yang lalu. Laporan hujan beserta ribut (cloudburst) dan tanah runtuh berlaku di pelbagai bahagian negeri yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda berharga," kata Sukhu.
Himachal Pradesh dan banyak bahagian di utara India mengalami kemusnahan yang meluas semasa musim tengkujuh ini.
Hujan beserta ribut (cloudburst) di daerah Solan mengorbankan tujuh sekeluarga pada Ahad manakala lebih 20 orang terperangkap di bawah runtuhan selepas tanah runtuh mengenai sebuah kuil di kawasan Summer Hill di Shimla.
Sembilan mayat telah dikeluarkan dari lokasi tanah runtuh, menurut laporan media tempatan.
Hujan lebat juga melanda negeri jiran Uttarakhand, di mana paras air Sungai Alaknanda, Mandakini dan Ganga meningkat secara membimbangkan.
Sebuah bangunan kolej runtuh di Dehradun ketika hujan lebat.
Terdapat juga laporan orang ramai dan kereta terkena runtuhan tanah di pelbagai tempat di Uttarakhand.
Lima penduduk terbunuh pada Sabtu apabila kenderaan mereka dihempap oleh runtuhan tanah di daerah Rudraprayag.
Sementara itu, Ketua menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami dalam catatan media sosial pada Isnin berkata terdapat "ramai korban" akibat hujan lebat di daerah Pauri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Negeri Himachal Pradesh di India dilanda satu lagi gelombang hujan monsun, dengan 21 orang dilaporkan maut dalam dua hari manakala kira-kira 20 lagi tertimbus dalam tanah runtuh di ibu negeri Shimla pada Isnin. - Foto AP
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Hujan lebat: Angka kematian di Himachal Pradesh meningkat kepada 71
Angka kematian akibat hujan sejak tiga hari lalu di negeri utara Himachal Pradesh, India meningkat kepada 71, menurut seorang pegawai kanan pengurusan bencana pada Rabu.
Puluhan penduduk Himachal Pradesh, Uttarakhand di India maut akibat hujan lebat
Himachal Pradesh dan banyak bahagian di utara India mengalami kemusnahan yang meluas semasa musim tengkujuh ini.
Dari pelakon ke petani, Preity Zinta teruja cucuk tanam di ladang keluarga
Dalam diam, aktres berkenaan kini aktif mengusahakan pelbagai jenis tanaman dan bergelar petani.