awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal

Bernama
Bernama
27/12/2024
14:32 MYT
Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal
Pesawat Azerbaijan Airlines pada Rabu yang dalam perjalanan dari Baku ke bandar Grozny di Republik Chechen, Rusia, terhempas berhampiran Aktau - Gambar Kazakhstan Emergencies Ministry/Handout via REUTER
MOSCOW: Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu lepas, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam satu kenyataan di Telegram, syarikat itu menyatakan atas sebab itu mulai Sabtu, ia telah menggantung penerbangan ke beberapa bandar di Rusia, termasuk Mineralnye Vody, Sochi, Volgograd, Ufa, Samara, Saratov, Nizhny Novgorod dan Vladikavkaz.
"Keputusan ini, yang dibuat selaras dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Negara Azerbaijan, adalah berdasarkan hasil awal siasatan terhadap nahas pesawat Embraer 190 yang mengendalikan penerbangan Baku-Grozny J2-8243 Azerbaijan Airlines disebabkan gangguan luaran fizikal dan teknikal, serta mengambil kira potensi risiko kepada keselamatan penerbangan. Penggantungan ini akan kekal sehingga siasatan akhir diselesaikan," menurut kenyataan itu.
Syarikat itu turut memaklumkan bahawa penggantungan penerbangan ke bandar Grozny dan Makhachkala, yang berkuat kuasa sejak Rabu, masih diteruskan.
"Demi keselamatan, keputusan telah dibuat untuk menggantung penerbangan syarikat penerbangan lain ke destinasi yang disebutkan termasuk Grozny dan Makhachkala," katanya.
Azerbaijan Airlines juga mengumumkan bahawa penumpang ke dan dari bandar yang terlibat di Rusia, yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan syarikat itu disebabkan situasi semasa, layak mendapatkan bayaran balik penuh tanpa penalti atau menukar tarikh tiket mereka.
Pesawat Azerbaijan Airlines pada Rabu yang dalam perjalanan dari Baku ke bandar Grozny di Republik Chechen, Rusia, terhempas berhampiran Aktau, yang terletak di pantai Laut Caspian, dengan membawa 67 orang penumpang.
Pegawai Kazakhstan melaporkan bahawa 38 orang terkorban dalam nahas itu manakala 29 terselamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telegram
#Embraer 190
#tarkh tiket
#Azerbaijan Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan