awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat jagaan warga emas upah bayi ceriakan penghuni

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2022
23:45 MYT
Pusat jagaan warga emas upah bayi ceriakan penghuni
Tugas utama calon yang berjaya adalah untuk bersiar-siar di kawasan pusat jagaan itu sambil ditemankan penjaga masing-masing. - Foto Instagram/TRT World
KITAKYUSHU : Sebuah pusat jagaan warga emas di Jepun mula 'menggajikan' bayi bagi menceriakan serta menjadi teman kepada penghuni pusat berkenaan.
Calon di pusat jagaan di Kitakyushu itu perlu berusia kurang daripada empat tahun dan bekerja "bila mereka mahu".
Bayi-bayi berkenaan dibenarkan berehat apabila "mereka terasa lapar, mengantuk atau pada bila-bila masa," seperti yang tertera dalam kontrak mereka.
Menurut ketua pusat itu, "tiada jadual disediakan".
Upahnya? Lampin pakai buang, susu rumusan bayi serta teh untuk ibu mereka.
Tugas utama calon yang berjaya adalah untuk bersiar-siar di kawasan pusat jagaan itu sambil ditemankan penjaga masing-masing.
Sejak kedatangan bayi berkenaan, suasana di pusat jagaan itu semakin ceria.
Ketika hutang kerajaan semakin meningkat, sukar untuk kerajaan Jepun mengurangkan perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan, warga tua dan kos pencen, sebagai negara menua paling pantas di dunia.
Kira-kira 29 peratus populasi Jepun terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#pusat jagaan
#warga emas
#bayi
#negara menua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan