KUALA LUMPUR: "Saya mahu ayah dan abang saya semula".

Demikian luahan Putera Harry menerusi bingkisan wawancara beliau bersama ITV1 sempena dengan memoir beliau yang bakal ditayangkan pada 10 Januari depan.

Dalam wawancara bersama pengacara terkenal Tom Bradby, Duke Of Sussex itu memberitahu, ahli keluarga pemegang takhta United Kingdom (UK) itu tidak menunjukkan sebarang kesediaan untuk berdamai dengannya.

Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau juga merasakan dirinya bersama isteri seperti dikhianati selama ini.

Istana Buckingham bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap wawancara Putera Harry itu.

Wawancara itu bakal itu bakal disiarkan di CBS dan ITV pada 8 Januari, dua hari sebelum memoir khasnya, Spare ditayangkan.

Dalam pendedahan terbaharu itu juga, Harry mendakwa kerabat diraja Britain turut mereka-reka cerita berkaitan beliau dan isterinya.

Antara lain dakwanya, adalah kerana mereka mempunyai kuasa penuh terhadap kenyataan serta penulisan yang disiarkan di media.

'Wartawan menerima maklumat dan meneruskan penulisan, di penghujungnya mereka mengatakan mereka telah mendapatkan kenyataan daripada Istana Buckingham.

"Hakikatnya, keseluruhan penulisan itu adalah daripada Istana Buckingham.

"Jadi selama ini, kami (Harry dan isteri) diberitahu pihak istana tidak boleh mengeluarkan kenyataan untuk melindungi kami, tetapi mereka bertindak sedemikian buat ahli keluarga lain.

"Jadi sampai satu tahap, ini adalah merupakan satu pengkhianatan," katanya.

Beliau dalam masa sama tidak berharap untuk mempunyai peluang kembali dalam institusi diraja itu.