awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Harry, Meghan dedah mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi

Agensi
Agensi
23/03/2021
16:19 MYT
Putera Harry, Meghan dedah mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle hari ini membuat pengakuan bahawa mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi upacara perkahwinan. - Foto Reuters
PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle hari ini membuat pengakuan bahawa mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi upacara perkahwinan.
Duke dan Duchess of Sussex mendedahkan upacara di hadapan Ketua Biskop Canterbury di Istana Kensington itu hanyalah mereka bertukar lafaz yang dibuat secara tertutup.
Kenyataan 'u-turn' itu dibuat dua minggu selepas pasangan itu membuat pendedahan mengejut ketika ditemu bual dalam wawancara bersama Oprah Winfrey.
Ia turut menimbulkan kemarahan dan persoalan buat rakyat Britain tentang mengapa perkahwinan yang dibiayai oleh pembayar cukai bernilai £32 juta di Windsor Castle pada Mei 2018 itu diperlukan.
Dalam temu bual eksklusif dengan Oprah Winfrey pada dua minggu lalu, Meghan mendedahkan mereka telah berkahwin secara rahsia tiga hari sebelum upacara perkahwinan rasmi.
BACA: Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
BACA: Surat perkahwinan bukti Harry, Meghan tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi
Namun ia disangkal pegawai Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Stephen Borton setelah sijil perkahwinan mereka didedahkan buat pertama kali.
Dakwaan Putera Harry dan Meghan yang mereka telah berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi itu turut disahkan tidak benar apabila surat perkahwinan yang diperolehi daripada Pejabat Pendaftar Perkahwinan UK, menunjukkan mereka berkahwin pada 19 Mei 2018 di Istana Windsor.
Pegawai pejabat tersebut memberitahu Meghan "jelas keliru" dengan tarikh perkahwinannya sendiri.
"Minta maaf, saya rasa Meghan keliru dan memberikan maklumat yang salah. Mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum dihadapan Ketua Biskop Canterbury.
"Sijil Perkahwinan Khas yang saya sendiri daftarkan menyatakan yang mereka berkahwin di Gereja St George dan apa yang berlaku di sana pada 19 Mei 2018 yang disaksikan oleh berjuta orang diseluruh dunia merupakan tarikh rasmi yang diiktiraf oleh Gereja England dan undang-undang negara.
"Mungkin apa yang mereka lakukan adalah berlatih bertukar lafaz yang mereka karang sendiri, perkara yang sering dilakukan ketika ini, di hadapan Ketua Biskop sebagai latihan," katanya kepada The Sun.
Harry, 37, merupakan cucu kepada pemerintah Britain iaitu Ratu Elizabeth II manakala Meghan ialah seorang bekas pelakon televisyen.
Topic Berkaitan
#Britain
#England
#perkahwinan
#rakyat
#undang-undang
#Putera Harry
#Meghan Markle
#perkahwinan rasmi
#Oprah Winfrey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan