PUTERA Harry memohon semakan kehakiman terhadap keengganan Pejabat Dalam Negeri membenarkannya membayar sendiri kawalan polis untuk beliau sekeluarga ketika berada di United Kingdom.
Duke of Sussex yang kini menetap di Amerika Syarikat itu berkata pasukan keselamatan peribadinya tidak mempunyai bidang kuasa yang mencukupi di luar negara.
Harry hilang hak ke atas mempunyai kawalan polis yang dibiayai pembayar cukai selepas berundur daripada tugas diraja pada 2020.
Harry berkata beliau mahu melawat negara asalnya bersama keluarganya, tetapi perlu memastikan keselamatan mereka.
Permohonan untuk semakan kehakiman merupakan satu cabaran di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan badan awam atau jabatan kerajaan berikutan insiden keselamatan di London pada Julai 2021 apabila kereta Harry dikejar jurugambar sewaktu meninggalkan acara amal.
"Putera Harry tidak dapat lari daripada risiko keselamatan sejak lahir dan akan berterusan seumur hidupnya.
"Beliau kekal berada di tempat keenam dalam senarai pewaris takhta, telah menjalani dua tugasan di Afghanistan, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini keluarga beliau menjadi ancaman pihak-pihak tertentu," kata satu kenyataan.
Jurucakap kerajaan dalam reaksinya berkata sistem keselamatan perlindungan UK adalah ketat dan mempunyai kadar tersendiri.
"Adalah menjadi dasar kami untuk tidak memberikan maklumat terperinci mengenai aturan tersebut.
"Ia boleh menjejaskan integriti dan menjejaskan keselamatan individu terbabit," katanya.
Agensi
Sun Jan 16 2022

Duke of Sussex berkata pasukan keselamatan peribadinya tidak mempunyai bidang kuasa yang mencukupi di luar negara. - Reuters

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif' - Kelab Belia Prihatin
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Cadangan wujud Majlis Pemulihan Negeri masih relevan - Muhyiddin
Cadangan untuk wujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan kerana sesetengah isu bukan masalah nasional tetapi berkaitan negeri atau kawasan tempatan, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

AWANI Ringkas: Titik panas risiko kebakaran dikenal pasti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara [TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967313/32572379231652759905354_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara
Ikuti sidang media Majlis Pemulihan Negara oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin di Kementerian Kewangan. #RayaSLK #AWANInews

Perlu waspada dengan cabaran global - Pengerusi MPN
Perlu berwaspada dengan cabaran global termasuk perang Ukraine-Rusia, status COVID-19 di China dengan risiko 'lockdown' berpanjangan serta kemunculan varian baharu, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertimbang pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera - MPN
MPN minta kerajaan pertimbang beri pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera perolehan tanah lebih RM20 juta bagi pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan untuk tempoh dua tahun, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

Harry, Meghan 'menghadap' Ratu Elizabeth dalam kunjungan mengejut ke UK
Selepas hampir dua tahun 'memutuskan' hubungan dengan keluarga diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akhirnya kembali 'menghadap' Ratu Elizabeth II, Khamis lalu.

Putera Harry mohon biayai sendiri kawalan keselamatan di UK
Duke of Sussex berkata pasukan keselamatan peribadinya tidak mempunyai bidang kuasa yang mencukupi di luar negara.

Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60
Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.

Putera Harry dan Meghan umum kelahiran cahaya mata kedua, Lilibet
Bayi yang diberi nama Lilibet "Lili" Diana Mountbatten-Windsor itu dilahirkan pada pagi Jumaat.

Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip.

Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini

Putera Harry, Meghan dedah mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi
Upacara di hadapan Ketua Biskop Canterbury di Istana Kensington itu hanyalah mereka bertukar lafaz yang dibuat secara tertutup.

Surat perkahwinan bukti Harry, Meghan tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi
Dakwaan Putera Harry dan Meghan yang mereka telah berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi didapati tidak tidak benar.

Temu bual Harry-Meghan: 'Keluarga kami bukan rasis' - Putera William
Duke of Cambridge itu memaklumkan beliau belum bercakap dengan adiknya itu tetapi akan melakukannya dalam masa terdekat.

Wawancara Oprah: Keluarga diraja Britain zahir rasa sedih
Keluarga diraja memandang serius isu yang dibangkitkan Putera Harry dan Meghan dan ia akan ditangani secara tertutup dalam keluarga diraja, tulis kenyataan itu.