awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh

Bernama
Bernama
04/03/2025
13:00 MYT
Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam. - Foto AP
ANKARA: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pertemuan itu menandakan lawatan luar pertama Aoun sejak beliau memegang jawatan itu pada Januari.
Menurut Kementerian Luar Saudi, Mohammed menerima menghadap Aoun di Istana Al-Yamama dan upacara sambutan rasmi diadakan.
Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan sesi perbincangan, namun tiada butiran lanjut didedahkan.
Lawatan Aoun itu adalah lawatan rasmi pertama oleh pemimpin Lubnan ke Arab Saudi selepas kunjungan terakhir lapan tahun lepas. Ia merupakan sebahagian usaha pihak berkuasa Lubnan untuk memulihkan hubungan dengan negara Arab selain mengukuhkan hubungan Beirut-Riyadh.
Aoun, yang merupakan bekas ketua tentera, dipilih sebagai presiden pada 9 Januari, sekali gus menamatkan kebuntuan politik lebih dua tahun.
Bulan lalu, Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam membentuk kerajaan pertama negara itu sejak 2022 selepas memperoleh sokongan 95 anggota daripada 128 kerusi parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#putera mahkota arab saudi
#perbincangan
#Mohammed bin Salman
#Presiden Lubnan Joseph Aoun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan