Skip to main content

Dunia

Puteri Mahkota Norway sambut ulang tahun kelahiran selepas pembedahan paru-paru

Sumber: Det kongelige hoff
- Foto Det kongelige hoff
Advertisement

STOCKHOLM: Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-53 secara peribadi, menurut kenyataan daripada istana diraja  pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Isteri Putera Mahkota Haakon itu turut menandakan permulaan babak baharu dalam hidup baginda  selepas menjalani pembedahan pemindahan paru-paru baru-baru ini.

Baginda menderita penyakit fibrosis pulmonari sejak 2018, iaitu penyakit paru-paru yang setakat ini tidak boleh diubati dan menyebabkan, antara gejala lain, kesukaran bernafas dan batuk.

Keadaan kesihatan baginda merosot secara berterusan sejak akhir tahun lepas.

Menurut anggaran doktor sejurus sebelum pembedahan, baginda hanya mempunyai baki masa kira-kira setahun untuk hidup tanpa organ baharu. 

Kini, pihak doktor memaklumkan bahawa Puteri Mahkota amat memerlukan rehat.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement