awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Thai hadir majlis kahwin anak Thaksin

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2019
00:42 MYT
Puteri Thai hadir majlis kahwin anak Thaksin
Puteri Ubolratana (kiri) disambut Thaksin (tengah) dan keluarganya di Hotel Rosewood, Hong Kong, 22 Mac, 2019. (Foto AP)
Kakak kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang menggemparkan negara itu atas pencalonannya dalam pilihan raya Thailand menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra di Hong Kong, Jumaat.
Puteri Ubolratana, 67 tahun, yang memakai gaun berwarna merah jambu disambut Thaksin dan keluarganya di Hotel Rosewood.
BACA: Menjelang PRU Thailand: Demokrasi dinanti di peti undi Ahad ini
Thaksin yang tiba dua jam awal di lokasi majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya, Paetongtarn turut kelihatan segak dalam sut hitam.
"Saya gembira," katanya kepada petugas media yang berada di majlis itu.
Ketika ditanya siapa yang akan memenangi pilihan raya, beliau hanya menjawab, 'Saya tidak tahu'.
BACA: Mahkamah Thailand haramkan parti pembangkang
Rakyat Thailand mengundi hari ini dalam pilihan raya pertama di negara itu dalam tempoh lapan tahun.
Sebelum ini, keputusan Puteri Ubolratana mahu bertanding jawatan perdana menteri di bawah parti yang dikaitkan dengan Thaksin telah dihalang adiknya kerana didakwa tidak sesuai dan melanggar Perlembagaan.
Topic Berkaitan
#kakak
#Maha Vajiralongkorn
#mengundi
#perkahwinan
#Perlembagaan
#pilihan raya
#Puteri Ubolratana
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan