awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin jadi punca perceraian anak Menteri Pertahanan Rusia?

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2023
01:30 MYT
Putin jadi punca perceraian anak Menteri Pertahanan Rusia?
Shoigu (tengah) bersama anak perempuan, cucu dan bekas menantunya. - Foto Agensi/Sinar Harian
MOSCOW: Perceraian anak perempuan Menteri Pertahanan Rusia mencetuskan spekulasi bahawa ia ada kaitan dengan Presiden Vladimir Putin.
Ksenia, 32, yang merupakan anak kepada Sergei Shoigu mendedahkan perkahwinannya bersama jurulatih kecergasan, Alexey Stolyarov, 33, yang juga pempengaruh media sosial sudah berakhir menerusi sebuah program TV pada minggu lalu.
"Kami masih lagi teman rapat," ujar wanita itu.
Stolyarov turut mengesahkan mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu, namun kedua-duanya sepakat untuk menjaga anak perempuan mereka.
"Kami akan kekal memegang tanggungjawab sebagai ibu dan bapa walaupun sudah berpisah," jelasnya lagi tanpa memberikan butiran lanjut tentang punca rumah tangga mereka berantakan.
Beberapa pengguna media sosial mendakwa pendirian anti perang Stolyarov mungkin menjadi punca utama perpisahan tersebut.
Saluran Narrarivy di Telegram juga mendakwa Putin pernah meminta Shoigu 'menutup mulut' menantunya yang lantang mengkritik operasi ketenteraan dilancarkan ke atas Ukraine.
Selain itu, Stolyarov juga menolak untuk menyertai pasukan tentera yang menyertai peperangan di Kiev. - Agensi/ Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Putin punca perceraian
#anak Menteri Pertahanan Rusia
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan