awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada komuniti Islam Rusia

Bernama
Bernama
06/06/2025
20:00 MYT
Putin ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada komuniti Islam Rusia
Putin pada Jumaat mengucapkan tahniah kepada komuniti Islam di negara itu sempena sambutan Aidiladha. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat mengucapkan tahniah kepada komuniti Islam di negara itu sempena sambutan Aidiladha, menekankan peranan perayaan itu dalam menghubungkan umat Islam dengan warisan sejarah dan kerohanian mereka, menurut Sputnik/RIA Novosti.
"Perayaan ini, yang menandakan kemuncak ibadah haji ke tanah suci, menyatukan masyarakat dan memberikan kegembiraan kepada umat Islam untuk menghayati warisan sejarah dan kerohanian paling berharga yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.
"Dengan mengikuti ajaran dan tradisi nenek moyang mereka, umat Islam menyambut Aidiladha dengan melakukan amalan kebaikan dan belas kasihan serta ikhlas mengambil berat terhadap golongan memerlukan," kata Putin dalam kenyataan yang disiarkan Kremlin.
Putin turut memuji organisasi Islam kerana peranan aktif mereka dalam masyarakat Rusia, terutamanya dalam pendidikan belia, memperkukuh nilai kekeluargaan serta memajukan pelbagai inisiatif berskala besar dalam bidang kebudayaan, pendidikan dan kebajikan.
Beliau turut merakamkan penghargaan khas terhadap sokongan masyarakat Islam kepada anggota tentera Rusia dan keluarga mereka, yang disifatkan sebagai sumbangan yang "sangat dihargai".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Selamat Hari Raya Aidiladha
#komuniti Islam
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami