awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puting beliung landa Wuhan, 6 terkorban

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2021
05:00 MYT
Puting beliung landa Wuhan, 6 terkorban
Pasukan penyelamat melakukan carian di sebuah bangunan yang ranap selepas dilanda puting beliung di Wuhan. -AP
WUHAN: Tujuh maut manakala ratusan lagi cedera apabila dua angin puting beliung melanda dua bandar besar di China pada Jumaat.
Puting beliung yang membawa angin kencang itu turut memusnahkan kediaman dan harta benda, menurut agensi berita Xinhua pada Sabtu.
Enam mangsa dilaporkan terkorban di Wuhan, di wilayah Hubei, dengan 218 lagi cedera apabila puting beliung melanda daerah Caidian pada jam 8.39 malam.
Puting beliung turut meranapkan 27 rumah dan merosakkan 130 yang lain.
Turut rosak dua kren di atas bangunan dan khemah di tapak pembinaan.
Satu lagi puting beliung telah melanda bandar Shengze di wilayah Jiangsu dan meragut satu nyawa. Dilaporkan 21 mangsa cedera dalam kejadian.
Jurucakap bomba berkata angin kencang telah merosakkan kemudahan elektrik dan memusnahkan beberapa bangunan kilang.
Topic Berkaitan
#puting beliung
#Wuhan
#Hubei
#Caidian
#Shengze
#Jiangsu
#bangunan ranap
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan