DOHA: Qatar menggesa kemasukan segera dan tanpa halangan bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke semua bahagian di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Bilangan trak bantuan yang melintasi ke Semenanjung Gaza pada masa ini adakalanya tidak mencapai 100 trak sehari, jumlah yang sangat terhad jika dibandingkan dengan keperluan untuk bekalan dan bantuan segera di wilayah itu.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Menteri bagi Kerjasama Antarabangsa di Kementerian Luar Qatar Lulwa Rashid Al Khater berkata keadaan itu berbeza dengan jumlah trak yang melintasi sempadan sebelum serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas yang mencapai purata antara 400 dan 500 trak sehari.
Al Khater berkata ketibaan bantuan ke bandar El Arish di Mesir langkah paling mudah dari segi pergerakan bantuan dari seluruh dunia untuk disalurkan ke Gaza.
Tetapi terdapat banyak halangan yang dikenakan oleh Israel yang melanggar Perkara 59 Konvensyen Geneva Keempat.
Menteri itu berkata bantuan yang seperti makanan, bekalan perubatan dan barangan lain yang merangkumi keperluan penting amat diperlukan rakyat Palestin ketika ini.
"Apa yang kami perjuangkan pada masa ini untuk memastikan barangan penting terutamanya perubatan dan makanan dapat diagihkan kepada rakyat Palestin secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Bantuan makanan, bekalan perubatan dan barangan lain yang merangkumi keperluan penting amat diperlukan rakyat Palestin ketika ini. - Gambar/ AP
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.