awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar hantar bantuan kemanusiaan segera kepada penduduk Al-Dabbah, di Sudan

Bernama
Bernama
02/11/2025
20:15 MYT
Qatar hantar bantuan kemanusiaan segera kepada penduduk Al-Dabbah, di Sudan
Bantuan dihantar Qatar dijangka memberi manfaat kepada lebih 50,000 orang di Sudan, selain penubuhan sebuah kem khas bagi bantuan yang dinamakan 'Qatar Al-Khair'. - Gambar X @MofaQatar_EN
DOHA: Qatar menghantar bantuan kemanusiaan dan bantuan kecemasan ke bandar Al-Dabbah di Negeri Utara Sudan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Bantuan kemanusiaan itu merupakan sebahagian daripada komitmen kukuh Qatar untuk menyokong rakyat Sudan, khususnya ketika penduduk awam berdepan keadaan kemanusiaan yang sukar termasuk kekurangan makanan yang teruk serta peningkatan keperluan terhadap tempat perlindungan dan bekalan asas.
Bantuan berkenaan merangkumi kira-kira 3,000 bakul makanan, 1,650 khemah perlindungan serta barangan keperluan lain yang disalurkan oleh Tabung Pembangunan Qatar (QFFD) dan Qatar Charity bagi membantu penduduk yang hilang tempat tinggal dari bandar Al-Fashir dan kawasan sekitarnya.
Bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 50,000 orang, selain penubuhan sebuah kem khas bagi bantuan Qatar yang dinamakan "Qatar Al-Khair".
Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah berterusan Qatar untuk bersama rakyat Sudan dan meringankan penderitaan mereka akibat konflik bersenjata.
Ia juga mencerminkan peranan kemanusiaan utama Qatar dalam memperkukuh usaha bantuan kemanusiaan global serta membina jambatan solidariti dengan komuniti yang terjejas di seluruh dunia.
Qatar Sends Urgent Humanitarian Aid to Alleviate Suffering of Displaced People in Sudan#MOFAQatar pic.twitter.com/KFwhT7YFPv
— Ministry of Foreign Affairs - Qatar (@MofaQatar_EN) November 2, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Qatar
#Sudan
#konflik bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan