awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar tawar peluang pendidikan kepada pelarian Syria, Palestin

Bernama
Bernama
17/11/2017
11:55 MYT
Qatar tawar peluang pendidikan kepada pelarian Syria, Palestin
Kerjasama berkenaan secara langsung membantu mencapai matlamat asas untuk menyediakan pendidikan kepada 10 juta kanak-kanak Syria dan Palestin yang terabai. - Gambar hiasan
Lebih 3,000 pelarian Syria dan Palestin di Turki, bakal menikmati peluang pendidikan, menerusi beberapa perjanjian perkongsian yang ditandatangani antara Education Above All Foundation Qatar dengan Pertubuhan SPARK Amerika Syarikat dan Majlis Pengajian Tinggi Turki, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Di samping itu, biasiswa pendidikan kepada 30 guru Palestin di Semenanjung Gaza turut disediakan, bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di United Kingdom dengan kerjasama British Council.
Majlis menandatangani perjanjian tersebut, berlangsung di Sidang Kemuncak Inovasi Dunia Untuk Pendidikan (WISE 2017) pada Khamis.
Di bawah perjanjian itu, biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian di universiti, termasuk ansuran yuran pengajian, penginapan, insurans kesihatan dan gaji bulanan turut ditawarkan.
Kerjasama berkenaan secara langsung membantu mencapai matlamat asas untuk menyediakan pendidikan kepada 10 juta kanak-kanak yang terabai.
Education Above All yang berpangkalan di Qatar, satu inisiatif global, diasaskan pada 2012 oleh Sheikha Moza Nasser, bertujuan membina gerakan di peringkat global yang menyumbang kepada pembangunan manusia, sosial dan ekonomi melalui pendidikan berkualiti, program kebajikan serta lain-lain inisiatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#pelajar
#pendidikan
#Qatar
#Syria
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan