awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar tidak akan toleransi pencerobohan Israel

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2025
11:44 MYT
Qatar tidak akan toleransi pencerobohan Israel
Pada Selasa, Israel melancarkan serangan ke atas Qatar menyasarkan kepimpinan Hamas yang menjadikan negara Teluk itu sebagai pangkalan politik mereka sejak sekian lama. - AP
DOHA: Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani menegaskan Qatar tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran kedaulatan, keutuhan wilayah atau keselamatannya.
Beliau menyifatkan serangan Israel yang menyasarkan pemimpin biro politik Hamas ketika rundingan berlangsung di Doha pada Selasa sebagai satu bentuk keganasan negara.
Dalam sidang media pada Rabu, beliau menekankan, Qatar berhak untuk bertindak balas terhadap serangan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran yang mengancam keselamatan serta kestabilan serantau.
Katanya, semua langkah yang perlu akan diambil sebagai tindak balas.
Sheikh Mohammed turut mendedahkan bahawa sebuah pasukan perundangan telah dibentuk, untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap tindakan yang beliau sifatkan sebagai perbuatan liar.
Menurutnya, insiden yang berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, adalah sebahagian daripada dasar terancang untuk menggugat keselamatan rantau tersebut.
Tegasnya, Israel bertindak sebagai pemain yang tidak bertanggungjawab dengan melaksanakan pelanggaran berterusan terhadap kedaulatan negara lain.
Katanya lagi, Amir Qatar meletakkan keselamatan rakyat dan penduduk sebagai keutamaan.
Justeru kerajaan akan melaksanakan semakan menyeluruh terhadap dasar serta prosedur untuk mengelak kejadian seumpama itu berulang.
Mengulas dakwaan kononnya Qatar menerima makluman awal daripada Amerika Syarikat sebelum serangan Israel, Sheikh Mohammed menafikannya.
Beliau menjelaskan bahawa panggilan pertama daripada pegawai Amerika diterima hanya 10 minit selepas serangan berlaku.
Menurutnya, makluman tersebut disampaikan pada jam 3.56 petang, iaitu selepas serangan dilancarkan pada jam 3.46 petang.
Dalam perkembangan lain, Sheikh Mohammed menegaskan bahawa Qatar telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan rundingan gencatan senjata di Gaza dan akan terus berusaha menghentikan serangan di wilayah tersebut.
Katanya, tiada sebarang rundingan aktif sedang berjalan selagi serangan Israel berterusan.
Pada Selasa, Israel melancarkan serangan ke atas Qatar menyasarkan kepimpinan Hamas yang menjadikan negara Teluk itu sebagai pangkalan politik mereka sejak sekian lama.
Qatar sebelum ini berperanan sebagai tuan rumah rundingan gencatan senjata serta menjadi saluran bantuan kemanusiaan utama ke Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Qatar'
#Doha
#Israel
#serangan
#Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami