awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Queenstown New Zealand isytihar darurat selepas hujan lebat

Bernama
Bernama
22/09/2023
09:43 MYT
Queenstown New Zealand isytihar darurat selepas hujan lebat
Gondola Skyline Queenstown baharu, yang diperluas dan dilancarkan semula pada Jun, ditutup sementara. - Sumber foto FB - Gore District Council
WELLINGTON: Queenstown, bandar raya dengan pemandangan Indah di New Zealand, mengisytiharkan darurat tujuh hari pada Jumaat kerana hujan lebat dan banjir, lapor Xinhua.
Datuk bandar Glyn Lewers berkata langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.
"Cuaca semasa berubah-ubah," kata Lewers dan majlis daerah bekerja sepanjang malam untuk menilai tahap penuh banjir.
Banjir di beberapa kawasan telah dikenal pasti, dan majlis sedang menghubungi mereka yang terjejas, termasuk memindahkan lebih 100 orang ke pusat pemindahan yang disediakan, katanya.
Gondola Skyline Queenstown baharu, yang diperluas dan dilancarkan semula pada Jun, ditutup sementara.
Jalan ke Glenorchy, 45 minit dari Queenstown, lokasi pengambaran The Lord of the Rings, terputus susulan kenaikan paras air tasik.
Darurat di kawasan Southland yang berdekatan juga kekal ekoran hujan lebat pada Khamis, dengan sekolah dan tadika ditutup kerana banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat di Queenstown
#darurat di Queenstown
#Glyn Lewers
#The Lord Of The Rings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan