awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Gempa bumi sederhana landa Laut Jawa
Matahari muncul semula - Holgado
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles zahir ucapan Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
30/08/2025
16:26 MYT
Raja Charles zahir ucapan Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR: Raja Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini.

Ringkasan AI
  • Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
  • Baginda menghargai hubungan erat antara United Kingdom dan Malaysia serta komitmen kerjasama dalam bidang ekonomi, keselamatan, inovasi dan pendidikan.
  • Raja Charles turut menyatakan rasa kagum terhadap keindahan alam semula jadi Malaysia dan peranan negara dalam pembangunan inklusif serta mampan di peringkat antarabangsa.

Dalam perutusan dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia, Raja Charles menzahirkan penghargaan atas hubungan erat dan persahabatan istimewa yang terjalin antara United Kingdom (UK) dan Malaysia.
"Beta juga yakin bahawa negara-negara Komanwel kita akan terus memanfaatkan kepelbagaian yang luar biasa dan hubungan berharga yang terjalin.
"Hubungan ini, beta pasti akan terus dipelihara untuk manfaat semua rakyat Komanwel pada masa kini dan akan datang," titah baginda.
Raja Charles mengalu-alukan komitmen berterusan antara kerajaan UK dan Malaysia untuk bekerjasama dalam keutamaan yang sama termasuk pertumbuhan ekonomi, keselamatan, inovasi dan pendidikan.
Baginda juga menzahirkan rasa kagum mendalam terhadap keindahan semula jadi Malaysia, sebagai antara negara memiliki banyak biodiversiti di dunia, dan usaha yang dilakukan bagi memeliharanya untuk generasi masa depan.
Perasaan sama juga dizahirkan terhadap peranan Malaysia sebagai juara antarabangsa dalam pembangunan inklusif dan mampan termasuk sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Raja Britain Raja Charles
#ucapan
#Hari Kebangsaan
#Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan