awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai "jenayah perang paling hina"

Bernama
Bernama
18/10/2023
07:01 MYT
Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai "jenayah perang paling hina"
Baginda bertitah perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia jenayah perang yang amat kejam dan Israel perlu segera menamatkan pencerobohan ke atas Gaza. - Gambar fail/AP
AMMAN: Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Baginda bertitah perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia jenayah perang yang amat kejam dan Israel perlu segera menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.
Tindakan itu juga bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan jelas tidak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, titah baginda.
[LAPOR LANGSUNG] Tindakan pengeboman hospital Gaza adalah 'gila' - Anwar
Baginda turut mengingatkan bahawa peperangan yang telah memasuki fasa berbahaya itu akan mengheret wilayah berkenaan ke kancah bencana.
Jordan akan teguh bersama untuk mempertahankan hak dan perjuangan rakyat Palestin, titah baginda.
Serangan hospital korban 500 nyawa
Sementara itu, Perdana Menteri Bisher Khasawneh mengumumkan Jordan akan berkabung selama tiga hari sebagai menghormati mangsa yang terkorban.
Beliau berkata sepanjang tempoh berkabung itu bendera negara Jordan di kementerian, institusi dan jabatan awam akan dikibarkan separuh tiang.
Pada Selasa, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#Raja Jordan
#raja abdullah
#pengeboman hospital
#Gaza
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan