awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Maghribi sah sertai Lembaga Keamanan Gaza

Naz Raseed
Naz Raseed
20/01/2026
02:30 MYT
Raja Maghribi sah sertai Lembaga Keamanan Gaza
Raja Mohammed VI mengesahkan penyertaan Maghribi dalam Lembaga Keamanan Gaza dan mahukan penyelesaian konflik di Asia Barat secara adil, menyeluruh dan berterusan.
Kuala Lumpur: Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengesahkan penyertaan baginda sebagai antara anggota pengasas Lembaga Keamanan Gaza yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ringkasan AI
  • Raja Mohammed VI sah anggota pengasas Lembaga Keselamatan Gaza Inisiatif AS sokong usaha damai dan kestabilan Asia Barat Maghribi kekal komited kepada penubuhan negara Palestin merdeka

Menurut Kementerian Luar Maghribi, Raja Mohammed VI bersetuju menerima jemputan tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif antarabangsa yang bertujuan menyokong usaha damai di Asia Barat.
“Penyertaan Raja Mohammed VI dalam Lembaga Keamanan Gaza mencerminkan komitmen berterusan Maghribi terhadap usaha memupuk keamanan, kestabilan dan kesejahteraan jangka panjang di rantau ini,” menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.
Dalam pada itu, kementerian berkenaan memaklumkan, lembaga tersebut akan dianggotai beberapa pemimpin antarabangsa terpilih lain yang komited dalam memastikan kestabilan jangka panjang serta kesejahteraan generasi masa depan di wilayah Gaza.
Selain itu, jemputan penyertaan daripada Trump kepada Raja Mohammed VI ini turut disifatkan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan baginda di peringkat antarabangsa, khususnya dalam isu keselamatan dan diplomasi global.
“Jemputan ini merupakan pengiktirafan terhadap peranan Raja Mohammed VI sebagai tokoh antarabangsa yang konsisten memperjuangkan penyelesaian konflik secara aman,” jelas kenyataan sama.
Seiring dengan perkembangan itu, pentadbiran Maghribi menegaskan pendirian tegas negara berkenaan terhadap penyelesaian konflik Asia Barat secara adil, menyeluruh dan berterusan.
“Maghribi kekal komited terhadap penubuhan sebuah negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota,” tegas kementerian tersebut.
Sebelum ini, White House pada Jumaat mengumumkan penubuhan Lembaga Keamanan Gaza selari dengan kelulusan Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran Gaza, yang merupakan salah satu daripada empat badan utama ditubuhkan bagi mentadbir fasa peralihan di wilayah berkenaan.
Untuk rekod, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pelan 20 Perkara yang dicadangkan Presiden Donald Trump dan diterima pakai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Resolusi 2803 pada November 2025.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Gaza
#Donald Trump
#Maghribi
#Board of Peace
#Lembaga Keamanan Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan