awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Zulu Misuzulu kaZwelithini alami keracunan makanan

Agensi
Agensi
02/07/2023
23:45 MYT
Raja Zulu Misuzulu kaZwelithini  alami keracunan makanan
Raja berusia 48 tahun itu mengalami keracunan selepas salah seorang penasihat kanan turut disyaki berdepan masalah sama.- Gambar AP
NONGOMA: Raja Zulu Misuzulu kaZwelithini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana disyaki mengalami keracunan makanan.
Memetik BBC, Perdana Menteri Tradisional Mangosuthu Buthelezi memaklumkan, Misuzulu mendapatkan rawatan di Eswatini kerana tidak selesa untuk dirawat di Afrika Selatan.
Tambah Buthelezi, Raja berusia 48 tahun itu mengalami keracunan selepas salah seorang penasihat kanan turut disyaki berdepan masalah sama.
Dalam pada itu, jurucakap rasmi Raja Misuzulu memaklumkan kesihatan beliau dalam keadaan baik.
Dalam kenyataan berasingan, Putera Africa Zulu menafikan kenyataan Buthelezi yang mana beliau memaklumkan Raja Misuzulu berada dalam keadaan baik dan tidak perlu menimbulkan rasa cemas.
Misuzulu ditabalkan sebagai raja baharu dalam monarki tradisional terkaya dan paling berpengaruh di negara itu pada Oktober lalu.
Walaupun gelaran raja tidak memberikan kuasa eksekutif, raja-raja mempunyai pengaruh moral yang besar ke atas lebih daripada 11 juta orang Zulu, yang membentuk hampir satu perlima daripada penduduk Afrika Selatan.Raja Zulu
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Afrika Selatan
#Raja Zulu Misuzulu kaZwelithini
#Mangosuthu Buthelezi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan