awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Singapura perlu perbaharui pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput

Bernama
Bernama
06/09/2021
13:42 MYT
Rakyat Malaysia di Singapura perlu perbaharui pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput
Dalam kemas kini di Facebooknya hari ini, Suruhanjaya Tinggi menyatakan sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan pada 2020 berbanding 24,000 pasport pada 2019, meningkat 151 peratus. - Gambar fail
SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menasihati rakyat Malaysia di republik itu untuk memohon/memperbaharui pasport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput.
Menurut Suruhanjaya Tinggi itu pihaknya mengalami peningkatan drastik permohonan/pembaharuan pasport berikutan pelaksanaan langkah-langkah kawalan sempadan oleh Malaysia dan Singapura sejak April 2020.
Dalam kemas kini di Facebooknya hari ini, Suruhanjaya Tinggi menyatakan sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan pada 2020 berbanding 24,000 pasport pada 2019, meningkat 151 peratus.
Sementara itu, sejak Januari 2021, sejumlah 69,993 pasport telah dikeluarkan setakat ini.
Tempoh pemprosesan permohonan/pembaharuan pasport di Suruhanjaya Tinggi adalah lapan minggu, "dengan syarat semua dokumen sokongan yang diserahkan lengkap."
Rakyat Malaysia diingatkan bahawa permohonan/pembaharuan pasport dan pengambilan di Suruhanjaya Tinggi "hanya menerusi janji temu sahaja" selaras dengan langkah-langkah kesihatan yang ditetapkan Singapura.
Sumber Facebook MalaysianHighCommissionSingapore
Pasport perlu segera diambil sebaik mendapat pemberitahuan dari Suruhanjaya Tinggi.
Pihak Suruhanjaya Tinggi juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengendalikan peningkatan drastik permohonan/pembaharuan dan pengambilan pasport.
Antaranya, waktu perkhidmatan kaunter dilanjutkan sehingga 7 malam sejak Julai 2020; pencetakan pasport di Pejabat Imigresen di Johor sejak September 2020; dan pelaksanaan sistem e-janji temu dan sistem 'dropbox' sejak Februari 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia
#pembaharuan pasport
#rakyat Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan