awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai kakitangan hospital UK laporkan melihat haiwan perosak dalam tinjauan 'mengejutkan'

Bernama
Bernama
04/04/2025
14:03 MYT
Ramai kakitangan hospital UK laporkan melihat haiwan perosak dalam tinjauan 'mengejutkan'
Tinjauan seluruh negara terhadap hampir 9,000 kakitangan NHS mendapati kira-kira satu daripada enam orang melihat haiwan perosak di bangunan mereka dalam tempoh 12 bulan yang lalu. - AP
LONDON: Tikus, lipas, gegat (serangga) dan haiwan perosak lain adalah bahaya biasa di bangunan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang di bawah Kerajaan Britain, menurut laporan kesatuan sekerja perkhidmatan awam Unison pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Laporan itu juga merujuk kepada "kebocoran kumbahan, lampu rosak, tandas rosak dan siling runtuh".
Tinjauan seluruh negara terhadap hampir 9,000 kakitangan NHS mendapati kira-kira satu daripada enam orang melihat haiwan perosak di bangunan mereka dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan bilangan yang sama melihat bukti adanya gegat, semut dan lipas.
Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan mengakui kepada agensi berita PA yang penemuan menerusi tinjauan itu adalah "mengejutkan". Mereka menunjukkan keadaan bangunan NHS yang buruk berikutan berdekad pengabaian terhadapnya, katanya dalam kritikan terhadap bekas kerajaan pimpinan Parti Konservatif.
Parti Buruh diterajui Perdana Menteri Keir Starmer, yang memerintah sejak Julai tahun lepas berjanji untuk melakukan pembaharuan menyeluruh dan bersedia untuk membuat pelaburan besar dalam perkhidmatan percuma.
Tinjauan Unison mendapati 52 peratus kakitangan NHS melihat baldi menakung air yang bocor di bangunan tempat kerja mereka pada tahun lepas, manakala 23 peratus menyaksikan kebocoran kumbahan.
Kira-kira 28 peratus mendedahkan, tandas awam di hospital mereka rosak sejak tempoh yang lama dan keadaan di tandas kakitangan tidak kurang teruknya.
Aduan lain yang disenaraikan ialah lif rosak, lampu rosak dan siling runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haiwan perosak
#Britain
#bangunan
#NHS
#kerosakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan