awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raptai akhir upacara pembakaran mayat Raja Thailand

Bernama
Bernama
21/10/2017
08:52 MYT
Raptai akhir upacara pembakaran mayat Raja Thailand
Raptai pada Sabtu menyaksikan perarakan membawa bekas abu mayat diraja dari Grand Palace berhampiran Sanam Luang, lokasi upacara pembakaran mayat itu.
Pegawai kerajaan dan angkatan tentera berpakaian perang purba berbaris di jalan raya berhampiran Grand Palace untuk raptai terakhir Upacara Pembakaran Mayat Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
Raptai pada Sabtu menyaksikan perarakan membawa bekas abu mayat diraja dari Grand Palace berhampiran Sanam Luang, lokasi upacara pembakaran mayat itu.
Jalan-jalan utama menghala ke istana dan Sanam Luang yang menempatkan Krematorium Diraja ditutup sejak tengah malam, sambil ribuan rakyat Thailand yang berpakaian serba hitam memenuhi laluan pejalan kaki untuk menyaksikan raptai penuh upacara bersejarah itu.
Kerajaan menganggarkan lebih 250,000 orang akan hadir pada Upacara Pembakaran Mayat Diraja yang akan berlangsung selama lima hari mulai 25 Okt ini, dengan upacara sebenar pembakaran mayat dijadualkan pada 26 Okt.
Menurut Kementerian Luar Thailand, lebih 30 pemimpin asing dan kerabat diraja mengesahkan kehadiran mereka ke upacara tersebut, namun angka itu dijangka terus meningkat menjelang tiba hari berkenaan.
Mendiang Raja Bhumibol, 89, mangkat pada tahun lepas setelah menduduki takhta selama 70 tahun. Putera baginda, Raja Maha Vajiralongkorn dinamakan sebagai pewaris takhta menggantikan ayahanda baginda, dan upacara pertabalan dijangka berlangsung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grand Palace
#Raja Bhumibol Adulyadej
#Sanam Luang
#Thailand
#Upacara Pembakaran Mayat Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan