awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II mangkat: Terima kasih Britain, dunia atas mesej - Raja Charles

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2022
00:10 MYT
Ratu Elizabeth II mangkat: Terima kasih Britain, dunia atas mesej - Raja Charles
Baginda turut terharu dengan semua orang yang bersusah payah untuk datang dan memberikan penghormatan kepada perkhidmatan sepanjang hayat bonda baginda itu. - Foto AP
LONDON: Raja Charles III merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Britain dan seluruh dunia atas segala ucapan yang diberikan selepas kematian bonda baginda, Ratu Elizabeth II.
Pemakaman negara untuk Ratu Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey di London pada Isnin.
Ia mengakhiri 10 hari upacara khidmat dan berkabung di mana ratusan ribu orang telah memberi penghormatan kepada raja yang mangkat pada usia 96 tahun itu dan selama tujuh dekad di atas takhta.
Dalam satu kenyataan, Raja Charles berkata, baginda dan isteri tersentuh dengan banyak mesej takziah dan sokongan yang diterima dari rakyat Britain dan seluruh dunia.
Baginda turut terharu dengan semua orang yang bersusah payah untuk datang dan memberikan penghormatan kepada perkhidmatan sepanjang hayat bonda baginda itu.
Selepas upacara di Westminster Abbey, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Windsor di mana baginda kemudiannya akan dikebumikan bersama suaminya Putera Philip.
Itu akan menamatkan tempoh perkabungan negara di Britain, walaupun perkabungan diraja akan diteruskan selama tujuh hari lagi.
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Ratu Elizabeth II
#Westminster Abbey
#Upacara pemakaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan