awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan kenderaan saling berlanggar di lebuh raya akibat salji tebal di Jepun

Agensi
Agensi
19/01/2021
10:02 MYT
Ratusan kenderaan saling berlanggar di lebuh raya akibat salji tebal di Jepun
Fenomena salji tebal telah melanda beberapa lokasi di Jepun hinggakan kemalangan luar biasa terjadi di sepanjang lebuh raya Tohoku di Osaki - Reuters
TOKYO:Sekurang-kurangnya 134 buah kenderaan terlibat dalam beberapa siri kemalangan di sebuah lebuh raya di Jepun susulan salji tebal yang melanda negara itu, pada Selasa.
Reuters melaporkan, kejadian yang berlaku sepanjang 1 kilometer di lebuh raya Tohoku, utara Miyagi itu telah menyebabkan satu kematian dan belasan tercedera, menurut pihak berkuasa Jepun.
Walaupun pihak berkuasa menetapkan had kelajuan 50km sejam ketika keadaan salji menebal, namun undang-undang itu terbukti tidak cukup bagi mengelak insiden yang tidak diingini itu.
Foto: Reuters
Foto: Reuters
Menurut agensi pengurusan bencana, seramai 200 orang terbabit dalam kemalangan berantai berkenaan, yang menyaksikan sejumlah 12 mangsa telah dihantar ke hospital untuk tujuan rawatan.
Setakat Selasa, operasi menyelamat masih sedang dijalankan.
Fenomena salji tebal luar jangkaan telah melanda beberapa lokasi di Jepun sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
#Jepun
#kemalangan
#mangsa
#salji tebal
#bencana
#musim salji
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan