awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan mayat rakyat Palestin tanpa identiti dikebumikan dalam satu lahad

Agensi
Agensi
22/11/2023
23:15 MYT
Ratusan mayat rakyat Palestin tanpa identiti dikebumikan dalam satu lahad
Lebih 100 mayat rakyat Palestin yang terbunuh selepas diserang zionis Israel dikebumikan dalam satu liang lahad di Khan Younis, selatan Gaza pada Rabu. - Gambar REUTERS
GAZA: Lebih 100 mayat rakyat Palestin tanpa identiti telah dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama di Khan Younis, selatan Gaza.
“Kesemua mereka dibunuh dan keluarga serta saudara-mara tidak mengetahui nasib yang menimpa mereka. Kami tidak mengenali kesemua mereka,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Bassam Dababesh kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.
Dalam kumpulan mayat berkenaan, terdapat juga mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak - yang dibunuh di sekitar utara Gaza tetapi dikebumikan di selatan wilayah perang itu, jelas kakitangan kementerian berkenaan kepada Reuters di lokasi pengebumian.
“Kesemua mayat dikebumikan di Khan Younis kerana kami tidak dapat kebumikan mereka di Bandar Gaza,” kata Hamad al-Najar.
“Kami menggali kubur yang besar bagi membolehkan kesemua mayat itu dikebumikan dan orang ramai akan terhindar daripada bau yang kurang menyenangkan, yang reput serta pencemaran,” ujarnya lagi.
“Jasad-jasad dan roh mereka diberi penghormatan setingginya dengan pengebumian sebegini - bagi membolehkan kesemua mangsa tenang dan dapat bertemu dengan Pencipta mereka,” kata Hamad. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#ratusan mayat tanpa identiti
#Khan Younis'
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan