Skip to main content

Dunia

Ratusan penunjuk perasaan bersurai selepas demonstrasi aman di Jakarta Pusat

University students push against police officers during a protest against government policies, including state budget spending, free meals programme, and expanded military roles in civilian affairs, in Jakarta, Indonesia, August 18, 2026. REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana
Penunjuk perasaan berkumpul di beberapa lokasi di Jakarta Pusat sejak tegah hari bagi menyertai demonstrasi anjuran beberapa kumpulan mahasiswa di bawah sepanduk “Merebut Kemerdekaan”. - Reuters
Advertisement

JAKARTA: Ratusan penunjuk perasaan bersurai secara aman di Jakarta Pusat kira-kira 7 malam Selasa selepas mengadakan demonstrasi anjuran kumpulan mahasiswa yang berlangsung selama hampir enam jam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metropolitan Jakarta Pesuruhjaya Kanan Budi Hermanto berkata demonstrasi berkenaan berakhir dengan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Beliau berkata susulan penyuraian itu, anggota keselamatan mula membersihkan lokasi di sepanjang Jalan Jenderal Sudirman dan melaksanakan lencongan trafik bagi mengurangkan kesesakan di sekitar kawasan berkenaan.

Terdahulu, penunjuk perasaan yang kebanyakannya berpakaian kuning mula berkumpul di beberapa lokasi di Jakarta Pusat kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan bagi menyertai demonstrasi anjuran beberapa kumpulan mahasiswa di bawah sepanduk “Merebut Kemerdekaan”.

Kumpulan berkenaan mengemukakan lapan tuntutan, antaranya merangkumi penurunan harga barangan asas dan bahan api, reformasi tanah, pemulihan bencana yang lebih pantas serta penamatan amalan rasuah, pakatan sulit dan nepotisme.

Demonstrasi yang pada asalnya ditetapkan di Bulatan Hotel Indonesia (HI) kemudian dipindahkan ke lokasi lain, termasuk kawasan berhampiran Kompleks Parlimen dan Istana Presiden bagi mengelakkan gangguan aliran trafik di sekitar pusat bandar raya.

Budi berkata polis menemukan sebilah pisau pada seorang individu semasa demonstrasi berkenaan, manakala pemeriksaan berasingan menemukan sebilah parang di sebelah tempat duduk pemandu sebuah ambulans selepas kenderaan itu ditahan ketika lalu di kawasan tunjuk perasaan.

Beliau berkata pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung penemuan barangan berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement