PERJALANAN ke angkasa lepas mungkin hadiah hari jadi yang diimpikan ramai kanak-kanak.
Bagi seorang remaja, ibu bapanya telah membelikan tiket penerbangan suborbital Virgin Galactic semasa dia berumur 11 tahun, dan kini Zainab Azim mungkin mencipta sejarah sebagai pelancong angkasa lepas berhijab pertama.
Pelajar berusia 19 tahun tersebut kini sudah cukup umur dan layak untuk menaiki kapal angkasa menggunakan tiket yang dibeli dengan harga AS$250,000 itu.
Zainab berada di Dubai pada 11 Februari untuk bercakap pada Hari Antarabangsa untuk Wanita dan Gadis dalam Sains di Ekspo 2020 Dubai.
Kata Zainab, dia melihat perkembangan itu akan mencipta lebih banyak peluang untuk wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
"Tiket itu adalah hadiah daripada ibu bapa saya kerana saya sentiasa berminat dengan angkasa lepas," kata Zainab, yang merupakan pengasas bersama organisasi Global Initiative and Vision for Education, kepada portal The National.
Walaupun Zainab mungkin akan menjadi pelancong angkasa lepas berhijab pertama, namun dia bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas.
Pada tahun 2006, ahli perniagaan wanita Iran-Amerika, Anousheh Ansari dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dalam misi yang dibiayai sendiri dengan bayaran kira-kira AS$20 juta.
Seorang jurutera dari Emiriah Arab Bersatu, Nora Al Matrooshi pula adalah wanita Arab pertama yang dipilih sebagai angkasawan. Dia bakal menjadi angkasawan berhijab pertama di Stesen Angkasa Antarabangsa jika dia mendapat peluang untuk ke sana sebelum operasinya dihentikan pada 2031.
Lebih 600 pemegang tiket Virgin Galactic di seluruh dunia juga sedang menunggu giliran untuk mendapat tempat dalam kapal angkasa itu.
Penerbangan penumpang pertama, yang membawa pemilik Virgin, Richard Branson, berjaya dilengkapkan pada musim panas lalu.
Namun ia dihentikan sementara kerana menyimpang dari laluan penerbangannya. Virgin Galactic mengumumkan bahawa operasinya akan disambung semula pada akhir tahun ini.
Justeru, Zainab mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum gilirannya tiba, tetapi dia tetap teruja.
"Saya teruja, tetapi saya tahu ibu saya sudah takut dan kami masih belum ada tarikh yang pasti," katanya yang merupakan pelajar universiti di Toronto, mengikuti dua jurusan, neurosains dan dasar awam serta psikologi dan astrofizik.
“Saya anak perempuan tunggalnya dan saya mempunyai dua adik lelaki, jadi saya faham ketakutannya," katanya.
Agensi
Wed Feb 16 2022
Walaupun Zainab mungkin akan menjadi pelancong angkasa lepas berhijab pertama, namun dia bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas. - Space4Women / United Nation
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Remaja 19 tahun bakal jadi pelancong angkasa lepas berhijab pertama
Walaupun Zainab mungkin akan menjadi pelancong angkasa lepas berhijab pertama, namun dia bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas.